Monday 14 October 2013

Erti Pengorbanan


Hari ke 34

Teks : Aizawaty Ahmad


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup untuk menyembelih anaknya yang bernama Ismail kerana ketaatannya kepada perintah Allah. Adakah pada zaman ini seorang bapa sanggup mengorbankan nyawa anaknya sendiri demi ketaannya kepada Allah ? . Dalam kehidupan kita kadang kala kita harus melakukan pengorbanan agar mendapat keredaan dari Allah , contohnya : Pengorbanan harta benda bagi yang mampu untuk di salurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berkorban demi menegakkan syiar islam.  Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah dan redha . Setiap pengorbanan yang di laksanakan dengan ikhlas insYA-Allah akan memberi menfaat kepada kita dengan mendapat ketenangan hati dan jiwa.



Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

0 comments:

Post a Comment