Monday, 22 July 2013

Diari hati

Hari ke 5

Hari ini hari yang menggembirakan diri ku. Rakan niaga yang tidak aktif nampak nak aktif semula. Rakan mama yang di kilang Byonic telefon menyatakan ramai yang nak mendapatkan barangan Sophie Paris untuk bergaya di hari raya. Nampak gayanya impian ku nak ke Kota Suci Mekah mengerjakan umrah bersama mama dan papa terpaksa di tunda dahulu demi menjalankan perniagaan yang semakin hari semakin dapat sambutan . Lagipun keadaan di Kota Suci Mekah masih dalam keadaan pembaik pulih dan kuota untuk jemaah haji  melaksanakan ibadah haji pada tahun ini juga dikurangkan sebanyak 10-20% . Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Insya-Allah jika di murahkan rezeki dan kesihatan yang mengizinkan kami akan sampai ke sana.

 " Ya- Allah semoga impian ku dan niat ku di kabulkan ". Amin.




0 comments:

Post a comment