Thursday 17 October 2013

Penat , Letih dan Tak Bermaya

Hari ke 35

17. 10.2013 Khamis

Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Foto : Carian Google


Penat , letih dan tak bermaya , adakalanya kita sangat penat dengan aktiviti seharian kita . Terlalu banyak perkara yang kita perlu fikirkan demi masa hadapan . Dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak stabil pada masa ini dan kenaikan harga petrol dan barangan yang kadangkala tak munasabah membuatkan diri ini tersedar dari mimpi yang lena supaya lakukan sesuatu demi masa hadapan . Setiap yang telah tentukan dan takdirkan dalam kehidupan kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuma kita kene sedar diri di mana kita berpijak .Walau sebijak mana , sekaya mana , secantik mana , di mata Allah kita adalah sama sahaja tetapi amalan yang akan membezakan kita . Selagi kita yakin yang kita akan berjaya , walau banyak halangan , banyak dugaan yang akan mendatang kita akan tetap kuat berdiri dengan adanya Allah di sisi. Cuba jadi seseorang yang boleh menghargai pengorbanan orang lain, terutamanya seseorang yang tetap berada di sisi kita walau susah dan senang . Kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak , tetapi sebolehnya akan buat yang terbaik untuk semua orang . Kalau di izin Allah , nak bahagiakan kedua ibu bapa yang telah berkorban selama kita di dunia ini . Kerana mereka lah kita tau nikmat hidup, kita lebih menghargai kehidupan dan usaha untuk jadi anak yang baik .



0 comments:

Post a Comment