Tuesday 15 October 2013

Tips Menjaga Alat Solek dari Sophie Paris

Teks: Aizawaty Ahmad

Alat solek dan wanita tidak boleh di pisahkan . Terutama sekali wanita yang berkerjaya dan suka berhias. Tetapi ramai yang tidak menggambil berat tentang penjagaanya sehingga ada yang mengalami ketumbuhan jerawat yang kritikal dan menggalami alahan pada kulit muka yang serius. Anda boleh mengikuti tips-tips di bawah ini sebagai rujukan untuk menjaga alat solek .

1. Pastikan alatan solek sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna.


2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Begitu juga dengan span bedak muka perlu sentiasa bersih. Paling mudah, korang boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Jangan berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya kerana ia boleh menjangkiti wajah korang.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan kerana mungkin sudah dijangkiti kuman.
4. Kosongkan beg solek korang dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah kepada yang baru.






0 comments:

Post a Comment