Sunday 21 July 2013

Diari hati

Hari Ke 4

                 Syukur alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini. Hari ini aktiviti kurang sikit sebab perut meragam pulak lepas bersahur tadi. Hari ni pihak Sophie Paris telah menganjurkan Acara Konvoi Sumbangan Amal bersama JDTc Fan Club & bersama Kementerian Pembangunan . Agenda : Lawatan, sumbangan dan beramah mesra ke rumah-rumah fakir miskin, orang-orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dab orang-orang tua. Berbuka puasa : Di surau Kampung Danga, Taman Perling Johor Bahru. Seramai 50 buah keluarga telah di pilih untuk mendapat sumbangan dari Sophie Paris bertujuan membantu keluarga yang susah untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga-keluarga ini untuk menyambut bulan Ramadhan .
Amin.




0 comments:

Post a Comment