Thursday 10 October 2013

Tips Merawat Aksesoris Wanita Dari Sophie Paris

Teks : Aizawaty Binti Ahmad

 Setiap wanita suka dengan perhiasan atau aksesori wanita , yang terdiri dari anting-anting, gelang, cincin, dan sebagainya. Penampilan seorang wanita akan kelihatan berbeza dan lebih menarik apabila ditambah dengan perhiasan atau aksesori yang berpadanan . Oleh itu hampir semua wanita menggunakan perhiasan atau aksesori untuk kelihatan cantik dan menarik . Perhiasan atau aksesori juga dijadikan sebagai koleksi selain pakaian , beg tangan dan kasut yang mahal. Aksesori juga dapat di pakai pada bila-bila masa sahaja, disesuaikan dengan aktiviti yang sedang dilakukan kerana jenis dan bentuknya yang berbeza-beza. 


Ada beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk menjaga  perhiasan agar tetap berkilau:

1. Menyediakan tempat yang khusus bagi barangan aksesori . Contohnya kotak untuk barang perhiasan .

2. Gunakan silica gel / serap air untuk logam agar dapat mencegah dari warna perhiasan runtuh dan tidak berkilat.

3. Jauhkan kotak barang perhiasan dari air , losyen tangan , semburan pewangi atau bahan kimia .

4. Hindari kotak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan suhu ruang bilik yang lembap.

5. Simpan perhiasan atau aksesori dalam keadaan kering.

6. Menggunakan Jewellery Cleaner Bio dari Sophie Paris
   Fungsi -  alat untuk membersih barang kemas terbaru yang dibuat dengan menggunakan gabungan teknologi Jerman dan Jepun untuk hasil pembersihan yang optimum .


0 comments:

Post a Comment