Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Google Search
Perkataan
hasad dari bahasa Arab bermaksud iri, dengki. Iri bererti merasa kurang senang
dan cemburu melihat orang lain beruntung atau mendapatkan suatu kesenangan. Iri
juga adalah salah satu bentuk gangguan mental karana semakin banyak melihat
orang lain senang, maka semakin gelisah pula hatinya. Contohnya : A berasa
kurang senang dan cemburu di atas kejayaan B , yang telah mendapat pekerja
terbaik dalam syarikatnya . Sedangkan B hanya seorang pekerja yang hanya
menurut arahan dan melaksanakan tugasannya dengan sebaik mungkin. Atas sikap
kurang senang dan cemburu yang di miliki oleh A. Pelbagai tohmahan yang di
berikan kepada B , kepada rakan-rakan sekerja yang lain agar B di pandang sebagai
orang yang memandai-mandai dalam melakukan tugas dan mengampu majikannya.
Kenapa
manusia bersikap sedemikian? sedangkan kita di suruh untuk berusaha untuk
mendapatkan sesuatu kejayaan. Setiap orang yang berusaha pasti mendapat
kejayaan yang di impikan. Pekerjaan adalah satu ibadah , andai kita melakukan
ibadah dengan baik dan ikhlas, ganjaran yang akan di perolehi juga akan
setimpal dengan usahanya. Allah maha adil dalam memberikan penilaian terhadap
hambanya , sedangkan manusia hanya menilai apa yang mereka nampak dari mata
kasar.
Larangan bersikap hasad dijelaskan Rasulullah
SAW dalam sebuah hadits berikut :
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّرُ الْحَطَبَ.
Artinya :Jagalah dirimu dari hasad, karena sesungguhnya hasad itu merusak kebaikan. Sebagaimana api memakan kayu bakar (HR. Abu Daud No. 4257 dari Abu Hurairah)

RIYAK
Menurut bahasa riyak berasal
dari bahasa Arab yaitu dari kata “ الِريَاءُ “yang
berarti memperlihatkan atau pamer. Contohnya : A memperlihatkan apa yang di
milikinya kepada orang lain dengan niat untuk memperlihatkan kepada orang lain
yang dia mampu memiliki kereta mewah, rumah mewah , wang yang banyak dan
lain-lain lagi. Bagi pendapat saya semua yang kita mampu miliki di dunia ini
hanyalah bersifat sementara , harta benda , kekayaan serta pangkat dan status
tidak boleh membawa kita di akhirat kelak. Kita sepatutnya rasa cemburu dengan ahli
ulamak yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam hal agama . Kerana dengan
amalan itulah segalanya akan di hisab. Tetapi tiada guna juga sekiranya kita
mempunyai segalanya tetapi hidup bergelumbang dengan hutang yang banyak.
اِنَّ اَخْفَ مَا اَخَافَ عَلَيْكُمْ ا لشِّرْ كُ الْاَ صْغَرُ قَالُوْا يَا رَسُوْ لَ اللهِ وَمَا ا لشِّرْكُ قَالَ الرِّيَاءُ
Ertinya :
”Sesungguhnya perkara yang paling aku khawatirkan dari beberapa hal yang aku khawatirkan adalah syirik kecil.Sahabat bertanya,”Apa syirik kecil itu, ya Rasulallah ? ” Beliau menjawab,”Riya.” (HR Ahmad nomor 225828 dari Mahmud bin Labidin) .
DISKRIMINASI
Pengertian
diskriminasi
Diskriminasi adalah perbezaan. bersikap membeza-bezakan atau memisahkan antara sesama manusia, baik karena perbezaan darjat, suku, bangsa, warna kulit, jantina, usia, golongan, ideologi dan sebagainya . Sikap sebegini perlu di hindari oleh kita kerana perlu bersikap adil untuk membangunkan masyarakat yang sejagat. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum , ini adalah cabaran yang perlu kita lalui sebagai masyarakat di sini. Dengan adanya sikap bertolak ansur, menanamkan nilai-nilai murni sesama kaum , menghormati antara satu sama lain , melaksanakan aktiviti-aktiviti / program-program bersama boleh memupuk persatuan antara kaum agar Negara Malaysia akan aman dan makmur.

وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ . مِنَ
الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ
فَرِحُونَ
Artinya: “Dan janganlah kamu Termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”. (QS. ar-Rum: 31-32).

0 comments:
Post a Comment