Wednesday 23 October 2013

Niat

Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Carian Google
Sumber : http://hafizamri.com

Niat  - adalah satu lintasan dalam hati yang menunjukkan adakah perbuatan kita ini bersandarkan pada jalan yang sepatutnya. Peranannya tersangatlah besar, sehinggakan Hadis Rasulullah S.A.W berkenaan niat diletakkan sebagai Hadis pertama dalam dua kitab besar iaitu Soheh Bukhari dan Matan Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi.
Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar Ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda:
" Sesungguhnya setiap Amal itu (bergantung) dengan Niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.Diterimanya amal kita atau tidak, semua berdasarkan apa yang kita niatkan. "
Semoga segala amal yg kita lakukan baik bersifat duniawi dan ukhrawi diterima oleh-Nya.

0 comments:

Post a Comment