Saturday 14 September 2013

Diari Hatiku

Hari ke 27  14.09.2013

Selamat malam. Hari ini bermula la kelas semester 1 2013/2014  space UTM Skudai. Kami sepenuhnya menggunakan bagunan baru iaitu di Bangunan T08, Fakulti Pengurusan. Walaupun Fakulti Pengurusan sudah terasing jauh dari fakulti-fakulti lain di UTM Skudai, kami tetap bersyukur sebab dah tak perlu berebut untuk meletak kerenderaan . Tetapi saya dapati ruang untuk solat sangat kecil untuk menampung bilangan pelajar yang ramai . Kami terpaksa menunggu giliran untuk solat .

Kuliah pada hari ini ialah subjek Pembangunan Kerjaya . Subjek ini di ajar oleh pensyarah kami En. Husain Mahmood , seorang pensyarah yang mesra dengan pelajar  , menggunakan teknik berkongsi pengalaman dan bercerita untuk memberi pemahaman kepada pelajarnya. Subjek yang sangat menarik , di harapkan ianya dapat membantu saya untuk membangunkan pembangunan kerjaya saya kelak.

0 comments:

Post a Comment