Thursday 19 September 2013

Diari hatiku

Hari ke 28  19.09.2013

Assalamualaikum , hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskini blog. Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah. Seperti biasa rutin harian dengan kerja-kerja di pejabat , alhamdulillah banyak urusan pentadbiran telah selesai. Berkat kesabaran dan tekun bekerja selama ini membuahkan hasil  dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pihak Jabatan. Pengalaman bekerja di sektor swasta telah banyak memberikan pengalaman agar menepati masa dan mendisplinkan diri . Insya-Allah akan cuba untuk berkhidmat dengan lebih baik untuk masa hadapan. Tahun ini terlalu banyak urusan yang perlu di lakukan dengan urusan kenaikan pangkat guru-guru , urusan jenazah pegawai yang telah meninggal dunia , urusan pencen untuk tiga orang guru dan sebagainya. Tugasan dari pensyarah untuk urusan pembelajaran jarak jauh juga telah diberikan , semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar Insya-Allah. Sabarlah wahai hati , anggaplah semua dugaan dari Allah ini adalah yang terbaik untuk masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment