Thursday 12 September 2013

Diari Hati Ku

Hari ke 26

Salam semua selamat malam. Malam ini topik hangat telah dibincangkan dalam Program Semanis Kurma di saluran siaran secara langsung bertajuk  " Sama-sama curang ". Membincangkan tentang perkahwinan yang di landa kecurangan oleh suami dan isteri. Antara sebab-sebab berlakunya curang dalam perbincangan topik ini ialah menyalah gunakan laman sosial seperti Facebook, melalui telefon , aplikasi-aplikasi telefon seperti wechat , wasup dan sebagainya , kurangnya komunikasi antara suami dan isteri akibat kesibukan bekerja , suami rasa tidak di hargai kerana kurangnya perhatian dari isteri dan lain-lain lagi.
 YA-Allah bila mendengarkan topik ini , rasa takut pulak nak berumahtangga. Si isteri dapat menghidu suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain . Hatinya luluh dan retak seribu. Mengikut kajian , kaum lelaki lebih terjebak dengan kecurangan berbanding wanita. Wahai kaum adam peliharalah isteri mu sebaik mungkin , hargai jasa isterimu , hargai pengorbanan isterimu yang telah penat lelah melahirkan zuriatmu , menyediakan kelengkapan pakaian dan makan dan minum mu, binalah kesetiaan dalam diri mu agar rumah tangga akan makmur sejahtera.


0 comments:

Post a Comment