Friday, 19 July 2013

Masyarakat Madani

Hari ke 2

Hari ni hari yang sibuk untuk menyiapkan tugasan harian di tempat kerja dan berfikir untuk tugasan yang diberikan Pensyarah bagi subjek Institusi-institusi Islam.Tajuk bagi tugasan kumpulan saya ialah "Bagaimana nak ujudkan masyarakat Madani? huh nampak tajuk memang senang,tetapi maksudnya mendalam.Kita dapat lihat istitusi-institusi kekeluargaan yang semakin berpecah belah. Ia adalah satu yang agak sukar untuk melahirkan masyarakat Madani.Era teknologi dan globalisasi telah banyak mempengaruhi minda remaja-remaja ke arah yang negatif.Salah satu faktor remaja-remaja ini hanyut dengan gejala-gejala sosial ini adalah pengaruh rakan sebaya. Sikap ingin tahu yang tinggi dan suka mencuba sesuatu yang dianggap baru.
Ish takut bila dipikirkan.Bagaimana lah kepimpinan bagi beberapa tahun akan datang ? Semoga timbul satu kesedaran kepada rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam ,untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan demi mencapai masyarakat Madani.

0 comments:

Post a comment