Thursday, 18 July 2013

Diari hati

Hari pertama - Ramadhan ke 9...

Salam ramadhan untuk semua.Semoga hari ini hari yang indah untuk anda semua,terutama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya saya berupaya mewujudkan blog untuk perniagaan saya sendiri.Atas Bimbingan rakan sekuliah saya Anys Idayu Zakaria  dan Kakak Masayu Ahmad yang membimbing saya dalam pembikinan blog ini. InsyA-Allah saya akan mengemaskini blog ini dari hari ke hari untuk mempromosi barangan Sophie Paris yang telah saya jual selama 3 bulan. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari teman-teman sekerja ,jiran tetangga dan rakan-rakan belajar .Maka saya bercadang untuk mewujudkan satu blog memudahkan para pelanggan untuk melanggan barangan sophie paris secara online.Pada awalnya saya tidak berniat untuk menjual produk sophie paris ini kerana hanya berminat dengan rekabentuk beg tangan dan beg duit nya yang menarik dan bergaya.Pada ketika itu saya hanya berhajat untuk mencari hadiah harijadi untuk sepupu.Apabila terlihat barangan Sophie Paris , saya terus teruja dan membeli dua beg duit , dan mereka mempromosi barang Sophie Paris kepada saya dan mengesyorkan saya untuk menjadi ahli .
Selepas itu ,dengan tidak membuang masa, saya menjadi ahli dengan wang pendaftaran/ keahlian hanya sebanyak RM15 seumur hidup. Dengan hanya berbekal katalog Sophie Paris saya pun mengorak langkah untuk mempromosi ke rakan-rakan belajar di UTM Space, dan alhamdulillah ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan. Kemudian saya meeneruskan misi saya dengan mempromosi barangan Sophie Paris ke teman-teman sekerja dan jiran-jiran tetangga.Alhamdulillah berkat doa ibu dan bapa yang menyokong saya membuat perniagaan ini saya telah mendapat hasil jualan yang memberangsangkan. Dengan produk harga yang mampu dimiliki semua orang dari pelbagai lapisan pekerja bawahan,pekerja atasan ,pelajar dan suri rumah, insyA-Allah anda juga mampu menjadi seperti saya.Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Sophie Paris / Untuk menjadi rakan niaga boleh berhubung dengan saya di
E-mail : aizawaty_ahmad@yahoo.com
Tel/No: 012-7745147 (WhatsApp/WeChat)
Facebook: Ayzawaty ahmad

0 comments:

Post a comment