Saturday, 20 July 2013

Diari Hati

Hari ke 3
 Alhamdulillah malam ni sudah masuk malam ke 12 ramadhan.Minggu ni kelas di Space UTM tiada. Hari ini nampaknya boleh penuhkan aktiviti dengan berjalan-jalan mencari jualan Sophie Paris.Bermula seawal 6.30 pagi tadi . Saya bergerak ke kilang Byonic Tampoi ditemani mama tercinta.Mama adalah pendorong kuat saya untuk terus kuat harungi hari-hari yang mendatang. Apabila sampai di kilang Biyonic Tampoi , saya telah mempromosi katalog Sophie kepada kenalan ibu iaitu Cik Siti.Alhamdulillah nampak gayanya dia begitu berminat ngan produk sophie.Ternyata produk Sophie Paris ini merupakan produk yang mendapat sambutan hangat di Byonic Tampoi.Semoga rezeki ku terbuka luas lagi di bulan yang penuh dengan barakah ini.

"Ya-Allah aku bersyukur atas apa jua yang telah kau berikan kepada ku.Semua yang ku lalui selama ini akan menjadikan aku lebih matang dan kuat untuk mengharungi kehidupan yang serba mencabar."

Selepas habis mempromosikan barangan Sopie paris .Saya bergerak ke rumah kenalan , untuk menghantar beg tangan Sophie paris.Ini adalah belian beg yang kedua dari kawan ku..Alhamdulillah syukur atas rezeki Allah,dan dia telah terbuka hati untuk menjadi rakan bisnes ku untuk produk Sophie Paris.Semoga kita sama-sama mencapai kemajuan dalam Bisness Sophie Paris.

Selepas waktu zohor aku pun bergerak ke Sophie Paris BC Skudai untuk mendengar taklimat tetang bagaimana cara untuk kita kembangkan bisness di Sophie Paris.Terima kasih juga kepada Kak Noi,Kak Sue, Abang Din & Sofea telah banyak membantu ku dalam bisness Sophie Paris.Terima kasih juga kerana memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sepanjang berada di Sophie Paris.Insya-Allah segala ilmu akan digunakan dengan betul dan seterusnya memberi galakkan kepada saya untuk terus maju dalam perniagaan ini.Insya-Allah .Cayok Cayok.


0 comments:

Post a comment