Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Google
Pengertian redha adalah menerima segala ketentuan dari Allah s.w.t baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Dengan pengertian ini , kita dapat melihat setiap kejadian / perkara yang berlaku dalam kehidupan ini adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa sesuatu yang kita inginkan tak tercapai , mungkin ada hikmah dan rahmat yang lebih baik yang Allah selindungkan demi melihat sejauh mana tahap ingatan kita kepadanya. Aku bersyukur Ya-Allah aku masih boleh melihat mama dan papa di depan mata ku. Aku masih mampu melihat tawa dan air mata mereka. Mungkin ada hikmahnya jodoh ku lambat , kerana Allah memberi aku peluang menabur bakti kepada keduanya. Biarlah apa orang nak kata pasal aku , aku redha dengan ketentuan mu. Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini, ku mencari redhamu Ya-Allah. Amin.
0 comments:
Post a Comment