Saturday 7 September 2013

Diari Hati ku

Hari ke 24

Selamat malam semua, hari ni aktiviti bermula dari jam 6.45pagi. Aku dan mama tersayang berjoging di taman hutan bandar mutiara rini. Walaupun keadaan basah akibat hujan pada kelmarin tidak mematahkan semangat kami untuk membuat aktiviti riadah di pagi hari.


Pada sebelah petang pula aku dan mama berkunjung ke rumah makcik di polis depoh , johor bahru. Seronok bermain dengan cucu sulung makcik . Comel sangat-sangat macam muka cina .

Selepas pulang dari rumah makcik , terus pergi ke Sophie Paris untuk mengambil barangan yang telah dilanggan oleh rakan-rakan dan pelanggan. Sambil tu dapat hadiah dari pihak Sophie Paris kerana jualan perseorangan melebihi RM 1,000.00 alhamdulillah dah dua bulan berturut-turut dapat kekalkan prestasi yang baik .





0 comments:

Post a Comment