Saturday, 21 September 2013

Diari Hati Ku

Hari ke 29   22.09.2013

Selamat pagi. Hari ini aktiviti beriadah bersama keluarga. Bangun pagi melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan kemudian menjalankan aktiviti di rumah . Ok , hari ini saya dapat mengemaskini laman blog saya ke wajah yang baru, lama betul dah tinggal dunia blogging. Masa zaman-zaman sekolah dulu sangat rajin dan aktif . Bagi saya laman blogging ini dapat memperkenalkan diri , memperkenalkan produk bagi yang menjalankan perniagaan secara online , menjalankan aktitivi kemasyarakatan dan sosial , mendapat ilmu-ilmu pengetahuan dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang positif boleh dijalankan. Selain itu kita dapat meramaikan kenalan yang berkunjung ke laman blog kita . Tetapi jangan menyalah gunakan teknologi ini pula, ada segelintir pihak yang menggunakan kaedah ini untuk menipu pengguna. Semoga kita semua dapat ilmu yang menfaat untuk di salurkan kepada pengguna secara talian on-line.


0 comments:

Post a comment