Monday 12 August 2013

Diari Hati

Hari ke 10

Salam Aidilfitri buat semua. Lama tidak dapat menulis di blog kesayangan. Laptop buat hal pula, nak online di telefon bimbit terhad pula kapasitinya. Apapun syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menyambut aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara yang tercinta. Tahun ni sangat meriah kerana saya dan keluarga menyambut aidilfitri di Felda Chemplak , Labis , Segamat iaitu di rumah Atuk belah mak. Seronok melayan keletak sepupu yang masih kecil , manja betul mereka dengan saya. Pada aidilfitri ke 4 juga adik saya telah selamat bertunang bersama pilihan hatinya. Semoga perhubungan mereka hingga ke jinjang pelamin disember ini amin. Kakak akan doakan yang terbaik untuk adik.Hai kakak juga yang masih menunggu giliran dipinang hehehe.Semoga doaku dimakbulkan Allah .Amin




0 comments:

Post a Comment