Tuesday, 23 July 2013

Diari hati

Hari ke 6


Hari ni aktiviti macam biasa , menyelesaikan tugas-tugas di pejabat . Alhamdulillah dapat selesaikan kenaikan pangkat cikgu-cikgu yang menerima time-based. Kadang-kadang rasa letih dengan tugasan seharian, tetapi dalam waktu yang sama rasa bersyukur juga kerana dapat berbakti kepada negara . Menjalankan tugasan dengan baik dan menyangkal dakwaan orang ramai yang penjawat awam hanya makan gaji buta dan malas.Pada pendapat saya tak semua penjawat awam sebegitu, sekiranya dia tau apa matlamat  dan tanggungjawab dia sebenar terhadap pekerjaan yang dilakukan. Sejak dari kecil aku telah di ajar untuk berdisiplin dalam apa jua perkara yang handak dilakukan. Pengalaman di sektor swasta satu ketika dulu juga telah mengajarku erti disiplin dan melaksanakan tugas dengan sehabis baik. Insya-Allah akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam perkhidmatan awam. Semoga rezeki yang aku dapat dalam perkhidmatan awam di berkati Allah.

Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti haram. Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja , tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan reeki. Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah. Insya-Allah , apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang. Alhamdulillah Anugerah Pekerja Cemerlang telah aku sandang pada tahun 2011. Semoga dapat kekalkan prestasi sehingga tamat perkhidmatan kelak amin.


0 comments:

Post a comment