Monday, 21 October 2013

Betul ker ada hantu ?

Hari ke 36

Assalamualaikum selamat malam ,

Hari ini seram sejuk apabila ada kawan bercerita tentang rumah yang di ganggu oleh hantu. Bagi pendapat saya sebenarnya hantu yang dimaksudkan itu adalah jin ataupun syaitan . Perkataan Hantu wujud dari fikiran manusia .Dari perkataan Tuhan,manusia mengubah dengan membalikkan perkataan itu kepada Hantu .Mereka takut kepada Tuhan dimasa yang sama mereka juga takutkan Hantu,padahal pengertian kedua-dua perkataan itu amat jauh berbeza sama sekali.Hantu adalah perkataan pemujaan jin,hantu sebenarnya tidak wujud dan tidak tersebut langsung dalam al quran.Apa yg disebut sebagai hantu itu adalah pemujaan jin.

Memuja jin ini berlaku dalam 3 cara :

1)Memuja melalui perkataan.
-mengatakan sesebuah rumah itu berhantu atau berpuaka.

2)Memuja melalui perbuatan.
-seperti membakar kemenyan,menurun,memakai tangkal/azimat dan melalukan penyembelihan binatang.

3)Memuja melalui iktikad.
-percaya dlm hatinya sesebuah premis itu berhantu dan berpenunggu.Apabila manusia terlalu meyakini dalam hati wujudnya hantu di dalam rumah itu atau sebagainya,maka akan bertambah kuatlah hantu (jin) itu sebenarnya.


Kerana itu berlakulah "gangguan" yang menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yang telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dapat melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yang kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dapat melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dengan perasaan kehadiran jin itu.

Para pembaca sekalian,jin tidaklah sekuat mana pun,tetapi kerana manusia itu suka mengagung-agungkannya,jadilah jin itu merasa dirinya kuat.

Allah S.W.T berfirman :"Hai jemaah jin dan manusia,jika kamu sanggup menembus (melintasi)penjuru langit dan bumi,maka lintasilah,kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan" Ar-Rahman 33

0 comments:

Post a comment