Thursday, 29 August 2013

Diari Hati

Hari ke 21

Selamat malam, syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis diari harian. Hari ni dah merdeka!! . Jangan salah paham pulak merdeka dari menghadapi peperiksaan sem pendek di UTM Space. Macam ni la gaya hidup seorang pekerja dan dalam masa yang sama juga belajar . Sangat mencabar, tetapi walaubagaimana susah dan banyak dugaan aku akan cuba gagah berdiri agar cita-cita yang di impikan akan tercapai. Kadang-kadang rasa kagum dengan rakan-rakan sekuliah yang sudah mempunyai keluarga . Sungguh cekal dan tabahnya mereka melalui kehidupan sebagai pekerja,pelajar,menjalankan kewajipan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Semoga aku boleh mengambil semangat mereka untuk membakar semangat ku meneruskan perjuangan dalam pembelajaran dan kerjaya masa akan datang. Aku tahu di mana ada kemahuan di situ terciptanya jalan untuk berjaya. Kejayaan tidak akan datang dengan senang , semoga satu hari nanti kemanisan itu akan ku perolehi juga. Tak sabar rasanya untuk merehatkan minda untuk seketika.Percutian ke bukit tinggi yang telah dirancang selama dua bulan akan tercapai juga pada esok hari. Kesian pada adik bongsu ku yang tak sudah-sudah mengajak berjalan-jalan sepanjang cuti sekolah. Maafkan akak sayang, bukan akak tak nak tunaikan permintaan adik, tapi akak banyak komitmen . Semoga perjalanan kami di permudahkan dan selamat tiba ke destinasi . Ini juga adalah hadiah percutian untuk mama dan papa , terima kasih kerana selalu berada di sisi ku , hanya ini yang mampu ku hadiahkan untuk mu.

0 comments:

Post a comment