Sunday 25 August 2013

Diari Hati

Hari ke 19

Syukur alhamdulillah dapat lagi bernafas di bumi Allah ini. Hari ini, aktiviti penuh , pukul 8.15 pagi sudah bergerak ke UTM untuk menghadiri kuliah terakhir bagi sem pendek 2013. Sekejap je rasanya masa berlalu dan nak menghadapi peperiksaan pula minggu depan ini. Fuhhh tidak menang tangan di buatnya. Tapi ini lah realiti kehidupan untuk berjaya kita perlu mengorbankan sesuatu. Setiap yang kita lakukan di dunia ini mesti ada matlamat dan objektif. Bagi saya ini lah kehidupan sebenar saya, saya lebih suka menghabiskan masa dengan membuat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada diri , rakan-rakan serta keluarga. Insya-Allah mana tahu satu hari nanti pula untuk masyarakat. Memang tidak semua orang mampu untuk melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa. Tetapi saya tetap bersyukur dengan kehidupan yang sekarang , lebih tenang walaupun sibuk dengan tugasan pejabat, urusan pelajaran dan urusan perniagaan Sophie Paris. Semoga satu hari nanti saya mampu menjadi salah seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Cita-cita saya untuk menjadi seorang yang boleh memberi menfaat kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan. Walaupun perjalanan kehidupan tidak seindah rakan-rakan lain , tetapi saya bersyukur di kurniakan Mama dan Papa yang banyak memberi dorongan dan sokongan dalam apa juga bidang yang saya ceburi. Ya- Allah aku bersyukur atas nikmat limpah rahmatmu baru kini aku sedari bahawa kemanisan kehidupan itu akan di capai sekiranya kita bersabar dan redha dengan apa juga halangan dan rintangan. Jadi diri sendiri dan tidak perlu mengikut kehendak orang lain. Just Do It If You Think What You Do Its Right.

0 comments:

Post a Comment