Monday, 22 September 2014

Katalog Baru Dari Sophie Paris - Volume 22

Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Katalog Sophie Paris Volume 22


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia , sudah lama admin tidak mengirim pos yang terkini . Bagi peminat tegar barangan dari Sophie Paris dapatkan segera Katalog Volume 22 yang telah dilancarkan pada 20.09.2014 . Pelbagai koleksi yang terkini dengan harga yang agak berpatutan untuk anda miliki sekarang. Apa lagi jangan di tunggu barangan adalah terhad . Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi admin sendiri. Promosi untuk bulan ini , admin akan memberi hadiah bagi pembelian rm150 ke atas .
Sila klik link di bawah untuk paparan katalog secara online.



Tuesday, 15 July 2014

Kosmetik Muslimah Sophie Paris



Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Produk Kosmetik Muslimah Sophie Paris










Assalamualaikum semua , hari ini saya nak berkongsi mengenai Produk Kosmetik Muslimah dari Sophie Paris yang telah di lancarkan dalam katalog Volume 20 .  Sophie Paris mempunyai pelbagai koleksi kosmetik Muslimah yang terbaru hanya untuk anda! . Kosmetik Muslimah ini diperkaya dengan Minyak Zaitun untuk berfungsi melembapkan kulit . Antara produknya terdiri daripada , Pembayang Mata, Dua Way Cake, Gincu, Bedak Kompak dan Pemerah pipi . Dapatkan produk ini di pasaran tanpa was-was.

Tuesday, 1 July 2014

Katalog Sophie Paris Volume 20 Hari Raya Puasa


Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Katalog Sophie Volume 20


Katalog Terkini - Volume 20 (28 Jun 2014)
Katalog Baru Setiap 45 Hari!


http://www.youblisher.com/p/918039-catalog-20


Assalamualaikum semua , hari ini saya nak berkongsi katalog sophie yang terbaru versi Sambutan Hari Raya Puasa tidak lama lagi.Tempahan barangan telah di buka , dapatkan segera sebelum stok kehabisan. Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubungan dengan Admin . Sila klik ke pautan yang tertera di atas untuk melihat katalog barangan.  

Friday, 20 June 2014

mOm Liscious CooKies

Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Biskut mOm Liscious CooKies


Assalamualaikum , hari ini saya nak kongsi catalog biskut raya dari "mOm Liscious CooKies". Pelbagai jenis biskut raya yang di sediakan oleh ibu saya sempena menyambut hari raya yang tidak lama lagi akan menjelma. Dapatkan dan  rasailah keenakan biskut raya daripada "mOm Liscious CooKies".Tempahan kini dibuka sama ada untuk perayaan ataupun makan seharian. PM untuk keterangan lanjut . "Dah rasa sekali pasti nak lagi " .

SUJI KRISTAL 50 BIJI RM 19.00

BISKUT MARMAR CARY 50 BIJI RM19.00

ALMOND LONDON 50 BIJI RM22.00

SUJI 50 BIJI RM19.00

BISKUT NESTUM 50 BIJI RM19.00

ORANGE CHOCOLATE SQUARE 50 BIJI RM21.00

BISKUT SWEET LADY 50 BIJI RM21.00

HAZELNUT WHITE CHOCLATE 50 BIJI RM25.00

CHOCO KRUNCH CHOCOLATE 50 BIJI RM20.00


BISKUT MAKMUR 50 BIJI RM 20.00

BISKUT PRETZEL CHOCOLATE 50 BIJI RM20.00

BISKUT DANAU RINDU 50 BIJI RM19.00

BISKUT MENTARI KASEH 50 BIJI RM19.00

BISKUT SUJI MODEN 50 BIJI RM20.00

BISKUT CHOCOLATE BADAM 50 BIJI RM25.00

Thursday, 5 June 2014

KATALOG SOPHIE PARIS VOLUME 19

Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Katalog Sophie Paris Volume 19

Assalamualaikum , lama saya tak kemaskini berita tentang Katalog Sophie Paris . Pada peminat-peminat tegar barangan Sophie Paris , boleh menjamu mata anda dengan koleksi-koleksi yang terkini. Katalog  ini  Vol.19 bermula dari 17hb Mei 2014  hingga 27hb Jun 2014. Dapatkan barangan dengan segera sebelum kehabisan stok. 

Untuk melihat lebih lanjut boleh klik 

di http://www.youblisher.com/p/885360-Catalog-19-rev1/


Wednesday, 16 April 2014

KATALOG 18 SOPHIE PARIS

Teks: Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Katalog Sophie Paris


Assalamualaikum semua , petang ini saya nak berkongsi dengan anda semua koleksi barangan Sophie Paris yang terdapat di dalam Katalog 18 . Terdapat pelbagai koleksi barangan yang cantik dan menarik untuk anda miliki sekarang. Dapatkannya segera sebelum kehabisan stok, sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada saya sendiri .
























Sunday, 23 March 2014

Tips Berkesan Dalam Solekan

Teks: Aizawaty Ahmad
Gambar : Produk Sophie Paris

Secara alaminya , setiap wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik dan menarik .Dengan adanya kuasa solekan ia dikatakan mampu untuk membuatkan wajah kusam dan lesu bertukar menjadi jelita, sekali gus meningkatkan keyakinan diri. Solekan sering tidak menjadi? Tidak mulus seperti model-model dan bintang terkenal? Mungkin anda kurang arif mengenai tip-tip berkesan dan asas dalam solekan. Anda perlu mengikuti langkah-langkah yang betul untuk memastikan tiada cela yang kelihatan.

Perhatikan tip- tip berikut.

1. Aplikasi Bedak Secara Sempurna
Agar kulit wajah terlihat mulus, gunakan pelembap berasaskan air sebelum menggunakan bedak asas. Tentukan ketebalan bedak yang inginkan. Untuk solekan ke majlis,  ia biasanya sedikit tebal daripada biasa. Gunakan span yang diaplikasikan dengan cara ditepuk-tepuk lembut pada wajah dan diakhiri dengan loose powder.

2. Lindungi Noda Pada Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup bekas jerawat atau noda pada wajah. Warna concealer harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan terlihat bertompok-tompok. Concealer cair merupakan jenis yang paling mudah digunakan dan dapat menutup cela secara rata. Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calitkan pada wajah. Ia akan menutup dengan lebih halus daripada terus mengoleskannya pada wajah.

3. Alis Rapi dan Natural
Sebelum dirias, rapikan bentuk alis agar tidak berserabut. Untuk mendapatkan bentuk alis sempurna gunakan pensil kening untuk membentuk. Gunakan pensil yang hujungnya runcing dan lembut. Jangan
ditekan agar hasilnya tidak terlalu tebal. Sikat kening dan jika mahu anda boleh semburkan sedikit  hair spray pada sikat kening kemudian sikat kembali.

4. Eyeliner Tahan Lama
Eyeliner biasanya digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata dan membuat pandangan mata kelihatan tajam. Eyeliner yang 'cair' kerana kepanasan atau sudah terlalu lama akan merosakkan penampilan. Untuk menjadikan eyeliner bertahan lebih lama, gunakan pelembap mata terlebih dahulu kemudian gunakan concealer. Seterusnya, gunakan eyeliner berbentuk pensil dan dilapis dengan eyeliner cair untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.

5. Mata Sepet Lebih Besar
Untuk mendapatkan kesan mata lebih besar, gunakan scotch tape untuk kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap pada mata. Gunakan eye shadow warna hitam, kelabu, coklat atau ungu gelap kerana ia merupakan pilihan yang tepat. 





Sunday, 16 March 2014

Koshize Precision Waterproof Eyeliner - Hot!!

Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Produk Sophie Paris


Assalamualaikum dan selamat malam , malam ini sambil-sambil merehatkan minda anda , saya ingin memperkenalkan produk yang terlaris di Sophie Paris iaitu alis mata ( Koshize Precision Waterproof Eyeliner) . Ianya di rekabentuk dengan berus yang lembut,mengaliskan mata dengan tepat dengan capaian yang sempurna. Produk ini juga bertahan lama dan kalis air ( tetapi mudah di basuh ). Memberikan impak mata kelihatan lebih besar dan menarik .

Sebagai testimoni saya sendiri menggunakan produk ini . Saya sangat selesa ketika menggunakannya kerana mata saya kelihatan lebih besar berbanding tidak menggunakannya. Ianya mudah di urus kerana ianya di rekabentuk dengan berus yang lembut. Mata anda kelihatan lebih menarik dan galak bersama Koshize Precision Waterproof Eyeliner . Dapatkan segera dengan menghubungi saya :





Thursday, 20 February 2014

PRODUK HOT SOPHIE PARIS

Teks : Aizawaty Binti Ahmad
Gambar : Lipstick Sophie Paris (katalog)




Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi kepada rakan-rakan tentang  produk yang terlaris (hot) di Sophie Paris iaitu Lipstick . Lipstick Sophie Paris terdapat dalam 2 jenis iaitu jenis berminyak KOSHIZE NUTRILIPS  dan jenis kering KOSHIZE SATINLIPS .

Lipstick KOSHIZE NUTRILIPS akan membuatkan bibir anda bercahaya indah dan mewah dengan fomulasi "shea butter" yang bertindak melembapkan bibir , permukaan bibir yang licin  dan baik terpelihara.

Lipstick KOSHIZE SATINLIPS mudah untuk digunakan dengan kemasan 'matte' dan lembap seperti sutera dan tahan lama .

Kedua-dua lipstick ini berasaskan tumbuh-tumbuhan semula jadi , dan ianya selamat di gunakan . Kepada yang berminat boleh lah mendapatkannya dengan menghubungi saya . Dibawah ini adalah koleksi warna lipstick yang terdapat di katalog Sophie Paris dan Testimoni dari pelanggan yang setia dengan produk (Lipstick Sophie Paris ).